Pengurusan Pendidikan Di Negeri Kelantan

Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terdapat pada hari ini lebih merupakan sebuah agensi agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab dalam kalangan penduduk negeri ini. Penubuhan asalnya ialah pada 1 Januari 1974 yang terletak di bawah penguatkuasaan Enakmen Kelantan 9/1968.

   Pendidikan YIK mengamalkan dua kurikulum serentak iaitu kurikulum al-Azhar dan kurikulum Kebangsaan (Arus Perdana). Kurikulum al-Azhar membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan  PMRU, SMU dan STAM. Peperiksaan  PMRU dan SMU dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan YIK.

Manakala Kurikulum kebangsaan membolehkan para pelajar YIK menduduki peperiksaan PMR, SPM, STAM dan STPM.

Carta aliran sistem persekolahan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:

Manakala Sistem Aliran Pengajian bagi Maahad-Maahad Tahfiz Sains Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:


Dengan penubuhan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai agensi kerajaan yang mengkoordinasi pendidikan Islam di Kelantan ia telah memberi nafas baru dalam bidang Pendidikan Islam .

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.