Bagaimana saya ingin menghantar juga permohonan kerja yang lain-lain di Yayasan Islam Kelantan?

Sebarang permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri Kelantan. Setiap borang permohonan bernilai RM5.00.

 

Hantar borang permohonan tersebut disertakan gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil akademik, surat beranak dan kad pengenalan yang telah disahkan beserta 1 keping sampul surat berukuran 23cm x 10cm beralamat sendiri dan bersetem 70 sen ke Yayasan Islam Kelantan. 

Sebarang salinan yang tidak disahkan, tidak akan dilayan. Sila tulis di sampul surat, Permohonan Jawatan yang dipohon dan poskan ke alamat:


YM Pengarah
YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,
15730 Kota Bharu, 
Kelantan, Malaysia.


permohonan hendakalah dihantar sebelum atau pada 4 November 2018

 * Dan adalah dimaklumkan hanya  calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dan permohonan tuan/puan dikira tidak berjaya sekiranya tidak mendapat sebarang maklumbalas dari kami.

Jawatan Kosong Di Yayasan Islam Kelantan

GURU SUBJEK TAHFIZ YAYASAN ISLAM KELANTAN 

 

Syarat-syarat Permohonan:

- Ijazah sarjana muda pengajian Islam BESERTA sijil tahfiz / Sijil Tinggi Tahfiz Al-Quran(STTQ) / diploma tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mereka yang mempunyai kelayakan seperti diatas bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri Kelantan.

Pos borang permohonan tersebut beserta resume, salinan transkrip diploma/ijazah dan salinan keputusan SPM yang telah disahkan ke Yayasan Islam Kelantan. 

Sebarang salinan yang tidak disahkan, tidak akan dilayan. Sila tulis di sampul surat, Permohonan  Jawatan Sebagai Guru Tahfiz dan poskan ke alamat:


YM Pengarah
YAYASAN ISLAM KELANTAN

Peti Surat 248,
15730 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.


Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan sahaja akan disenarai pendek untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dikira tidak berjaya sekiranya tidak mendapat sebarang maklumbalas dari kami.

 

 

Saya seorang pelajar yang ingin menjalani Latihan Industri di YIK. Bagaimanakah caranya?

Yayasan Islam Kelantan amat mengalu-alukan niat saudara/saudari untuk menjalani latihan praktikal dengan Yayasan Islam Kelantan.
 
Sehubungan dengan itu sebarang permohonan latihan praktikal, sila sertakan surat dari universiti/kolej berkenaan dipanjangkan ke pejabat Yayasan Islam Kelantan di alamat Yayasan Islam Kelantan, Peti Surat 248, 15730, Kota Bharu, Kelantan atau boleh juga email surat permohonan yang telah di-scan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 * Dan adalah dimaklumkan hanya  calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dan permohonan tuan/puan dikira tidak berjaya sekiranya tidak mendapat sebarang maklumbalas dari kami.

YAYASAN ISLAM KELANTAN
Peti Surat 248,15730 Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-7126315  |  Fax : 09-7127806  |  Email: yik@kelantan.gov.my

MyGov Kelantan Mampu MSC JPA  IIM KNS 1Malaysia SPA SPR PCB

 PENAFIAN:
Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.