Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tahniah dan lontaran jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Unit ICT Maahad Muhammadi Lelaki kerana berjaya menyiapkan laman web ini.

Pada masa kini, bioteknologi semakin berkembang pesat di setiap pelusuk dunia. Teknologi ini mampu membaiki dan memulihkan manusia daripada masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranan bioteknologi dalam kehidupan manusia amat penting bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa.

Pengaplikasian bioteknologi dalam kehidupan manusia tidaklah terhad dalam aspek-aspek tertentu sahaja. Sebaliknya, ianya bersifat universal dan merangkumi pelbagai bidang seperti bidang pertanian, penternakan, perubatan dan sebagainya. Jadi, dengan adanya teknologi ini, kehidupan kita akan lebih sempurna dan selesa.

Di peringkat sekolah, bioteknologi tetap penting dan patut didedahkan kepada para pelajar. Sebagai bukti, Kementerian Pelajaran telah melancarkan Program Pengenalan Bioteknologi ke Sekolah-sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan juga mengambil berat akan kepentingan teknologi ini. Jadi, kita haruslah menyokong usaha kerajaan ini yang seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Saya berharap agar warga Maahad Muhammadi Lelaki mampu menyahut cabaran arus peredaran masa dengan mendalami ilmu ini bagi membuktikan bahawa orang Islam juga mampu melangkah jauh dalam bidang ilmu yang dimonopoli oleh Barat ini. Akhir kata, saya menyeru kepada warga Maahad Muhamadi Lelaki agar terus berusaha menaikkan nama Maahad sehingga ke persada dunia.

Sekian, terima kasih.

Mudir Maahad Muhammadi Lelaki
Tuan Haji Kamarjan Bin Abdul Rahman

 

Comments are closed.

HTML hit counter - Quick-counter.net