Sejarah SPBT Maahad Muhammadi Lelaki bermula sejak Maahad Muhammadi Lelaki bergabung dengan Maahad Muhammadi Perempuan di Jalan Merbau Kota Bharu Kelantan lagi.

Maahad Muhammadi mendapat bahan buku teks daripada Skim Pinjaman Yayasan Islam Kelantan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.Skim Buku Teks ini terbahagi kepada buku agama/arab dan buku akademik.

Pada awalnya Maahad Muhammadi mendapat bahan buku teks daripada Skim Pinjaman Majlis Agama Islam Kelantan iaitu pada tahun 1971, akan tetapi bermula pada tahun 1978 semua buku teks akademik diberi percuma oleh Yayasan Islam Kelantan melalui Skim Bantuan Buku Teks yang telah diwujudkan oleh Yayasan Islam Kelantan seperti yang ada dalam Kementerian Pendidikan.

Buku teks Kementerian yang diedarkan ke Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Islam Kelantan mulai akhir Mac 1983 berupa buku-buku bagi matapelajaran umum ( Akademik ) dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan 6 dengan tidak mengambil kira pendapatan ibubapa pelajar,Pinjaman buku teks ini berterusan sehingga ke hari ini.

Jadi selepas Maahad Muhammadi Lelaki berpindah ke Jalan Pengkalan Chepa ( Jalan Tok Guru ) pada 6 Januari 1984 dan mempunyai pentadbiran sendiri, skim pinjaman buku teks beroperasi seperti biasa tetapi diletakkan di bawah Unit Pusat Sumber Sekolah pada awal perpindahannya.

SPBT Maahad Muhammadi Lelaki  ditempatkan di bangunan asal penubuhan Maahad Muhammadi Lelaki iaitu di bahagian belakang bangunan 4 tingkat dan bangunan 3 tingkat semenjak ianya dipindahkan ke Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan. Dan bilik SPBT kekal di situ hingga ke hari ini.

Comments are closed.

HTML hit counter - Quick-counter.net