Jaulah Ikatan Pimpinan 2012 – Kedah

June 29, 2012 −   − in Berita, Kelab dan Persatuan, Terkini Di MML − No Comments

Pada malam Rabu (27/06/2012), seramai 38 orang Pimpinan dari Maahad Muhammadi Lelaki telah bertolak ke Kedah pada jam 9.30 malam. Peserta telah dipilih daripada beberapa badan besar Maahad Muhammadi Lelaki. Antaranya ialah Majlis Pewakilan Pelajar, Badan Pengawas, Badan Kaunseling dan Kerjaya, Badan Asrama dan BALKIS.

Pada pagi Khamis (28/06/2012), para peserta bertolak ke Darul Hadis. Di sana, para peserta telah bertemu dengan Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Mohd Romli dan berkesempatan untuk mendengar ceramah beliau.  Justeru, mendengar Taklimat Ustaz Sukarno mengenai Darul Hadis. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Qasidah daripada pelajar Darul Hadis sendiri.

 

Menjelang tengah hari, para peserta menghadirkan diri ke Maktab Mahmud Alor Setar. Sebuah taklimat dari pengetua sekolah; Ustaz Shafie Bin Ismail, telah diberikan kepada pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Lelaki. Sekolah ini menggunakan sukatan Al-Azhar dan KBSM, sama seperti Maahad Muhammadi Lelaki dan menjadi satu-satunya sekolah yang mempunyai aliran sains di Kedah merupakan satu keunikan bagi sekolah ini.   Kemudian, para peserta ditinggalkan dengan para Pimpinan dari Maktab Mahmud Alor Setar untuk sesi perkongsian idea dan pengalaman masing-masing. Sesi ini telah meluaskan lagi pemikiran peserta dan juga pelajar Maktab tersebut tentang cara badan-badan utama kedua-dua buah sekolah berfungsi.

Pada sebelah petang, satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Maahad Muhammadi Lelaki dengan Maktab Mahmud Alor Setar telah diadakan di padang sekolah tersebut. Keputusan perlawanan persahabatan ini adalah seri 2 – 2 dan membawa kepada penalti. MML telah memenangi perlawanan ini 4 – 2. Aktiviti demikian telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim Maahad Muhammadi Lelaki dengan Maktab Mahmud Alor Setar memandangkan sejarah sekolah-sekolah ini telah pun bermula 51 tahun yang lepas.

Pagi Jumaat (29/06/2012) para peserta dibawa ke Ukir Mall dan dibawa ke Dewan Utama Ukir Mall untuk mengikuti program Pengajian Umumi Hadis bersama dengan Mufti Kedah Sahibul Samahah Dato’ Syeikh Baderuddin bin Hj Ahmad.

Para peserta telah selamat pulang ke Kelantan pada hari berikutnya. Pihak kami berharap agar apa yang peserta-peserta perolehi dari lawatan ini dapat diterapkan ke dalam hidup masing-masing dan dapat menonjolkan lagi imej diri sebagai seorang muslim.

 






Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net