Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Kelantan

June 12, 2012 −   − in Berita, Kelab dan Persatuan − No Comments

Pada Hari Selasa (07/06/2012), program Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Negeri Kelantan telah berjaya diadakan di Demong Beach Resort, Besut Terengganu.

Program ini berlangsung selama tiga hari bermula dari 7 Jun sehingga 9 Jun 2012 dan disertai oleh 17 buah sekolah. Program ini juga dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Maahad Muhammadi Lelaki mendapat Anugerah Khas, manakala Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu telah mendapat Syarikat Terbaik, Anugerah Guru Terbaik, Pengarah Urusan Terbaik dan tempat pertama. Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan pula mendapat Syarikat Kedua terbaik.

Keputusan Pertandingan

Tempat Pertama : Maahad Muhammadi Perempuan

Tempat Kedua : Maahad Muhammadi Pasir Pekan

Tempat Ketiga : SMUA Azhariah Melor

Anugerah Khas : Maahad Muhammadi Lelaki

Ehsan gambar dari Siti Aisyah Abu Bakar

 





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net