Forum Remaja Peringkat Akhir MASSAK (YIK)

June 21, 2012 −   − in Berita dan Article Pelajar., Kelab dan Persatuan, Terkini Di MML − 1 Comments

Pada Rabu (20/6/2012), telah berlangsung satu pertandingan Forum Remaja Peringkat Akhir MASSAK (YIK) yang disertai oleh 8 buah sekolah dan diwakili 8 zon di Kelantan termasuk Maahad Muhammadi Lelaki (ZON 1). Pertandingan hari ini bermula pada jam 8.30 pagi yang dimulai dengan pendaftaran para peserta. MML mendapat giliran yang ketiga dan memperolehi tajuk; Remaja Perkasa Aset Negara, diwakili oleh 5 orang peserta. Pesaing terdekat MML iaitu Maahad Muhammadi Perempuan mendapat tajuk; Memartabatkan Bahasa melayu dan memperolehi giliran yang keempat.

Pertandingan ini telah berjaya diadakan di dewan Abu Bakar As-Sidiq iaitu dewan Utama MML. Keputusan diumumkan sekitar jam 1.30 petang dan tempat pertama(Johan) bagi pertandingan Forum Remaja Peringkat Akhir MASSAK (YIK) dimenangi oleh Maahad Muhammadi Lelaki, selaku tuan rumah.

 

Keputusan Pertandingan:

Tempat Pertama: Maahad Muhamamdi Lelaki
Tempat Kedua: Maahad Muhammadi Perempuan
Tempat Ketiga: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

 

Ehsan Gambar dari: Muhtaram Mansor




One Comment

  1. gomo kelate gomo

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net