Majlis Sambutan Hari Guru ’12 dan Majlis Perpisahan Guru

June 15, 2012 −   − in Berita, Terkini Di MML − No Comments

Hari ini (14/6/2012) Telah berlangsung dua majlis iaitu Majlis Sambutan Hari Guru dan Majlis Perpisahan Guru. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Pelajar MML, Saudara Ilyas Mohd Nor. Majlis diteruskan dengan pembacaan perutusan Hari Guru oleh Tuan Pengetua MML, Ustaz Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad.

Majlis Sambutan Hari Guru hari ini, diteruskan dengan Persembahan Silat dari Pensilat MML dan Persembahan TTS dari Pasukan Briged Bakti Remaja MML. Pasukan Silat MML. Pada jam 9.00 pagi, Majlis diteruskan dengan Perlawanan Bola Sepak antara Team Ustaz dan Team Cikgu. Keputsan 4 sama dan membawa kepada penalti, Keputsan Penalti 4 – 3, Team Ustaz telah menjadi juara.


Acara diteruskan dengan pertandingan Gubahan BuahBuahan yang disertai oleh guru-guru perempuan yang berlansung di Astaka MML. Sementara itu Guru-guru lelaki menyertai pertandingan Basikal Lambat di Padang MML

Sekitar jam 10.30 pagi, pertandingan di teruskan dengan acara Boling Padang yang disertai oleh Guru Lelaki dan Guru Perempuan, dan diteruskan dengan Pertandingan Dart. Beberapa orang guru yang bernasib baik telah dipilih melalui cabutan bertuah dan kenderaan mereka telah dibasuh oleh para pelajar sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru mereka. 


Pertandingan yang paling menarik pada tahun ini ialah Pertandingan Memasak yang disertai oleh Guru Lelaki dan Perempuan dan acara ini dipanggil “Master Cheff” pertandingan ini juga merupakan pertandingan yang terakhir pada hari ini. Semua pertandingan berakhir kira-kira jam 12.30 tngah hari.

Majlis hari ini diteruskan, dengan Acara Dewan, dimulakan dengan persembahan pelajar, Pasukan Nasyid MML membuat persembahan nasyid yang bertajuk :Guruku, dan Pasukan Dikir Barat MML juga turut membuat persembahan, Ketua Pelajar Sendiri menjadi “Tok Joro” dan menyanyikan 3 buah lagu yang bertemakan Hari Guru.

Majlis diteruskan dengan Majlis Perpisahan Cikgu Hanimah yang mengajar mata pelajaran KHB, beliau akan meneruskan kerjayanya sebagai pensyarah di salah sebuah pusat pengajian di Malaysia.

Pembahagian hadiah kepada guru-guru yang memenangi pertandingan-pertandingan yang diadakan menjadi acara penutup pada hari ini. sekitarjam 2.00 petang semua acara telah tamat.

 

 

 Ehsan gambar dari:- Cikgu Junaidi Haji Abdullah, Muhtaram Mansor




Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net