Majlis Pelancaran Sukan Memanah Perigkat Sekolah-Sekolah YIK

May 24, 2012 −   − in Berita, Terkini Di MML − No Comments

Hari (24/05/2012) ini telah berlangsung 3 Majlis serentak iaitu Majlis Pelancaran Sukan Memanah Perigkat Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan, Perasmian Bas Yayasan Islam Kelantan  dan Meraikan Tetamu dari Kedutaan Arab Saudi dan Rombongan dari Wilayah Yala Thailand.

Program Bermula pada jam 8.20 pagi dengan Ketibaan dua orang dari  Kaunselor Kedutaan Arab Saudi ke MML, iaitu Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah dan seorang pengirim beliau. Ucapan Pengetua MML telah memulakan Majlis pada pagi ini, dan diteruskan dengan ucapan Syeikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al Atuallah, beliau telah memberikan nasihat kepada Para MML tentang kepentingan ilmu pengetahuan.

Sekitar Jam 9.00 pagi ketibaan Dif-dif Jemputan VIP dan 9 Pengetua dari sekolah – sekolah Yayasan Islam Kelantan, Turut hadir pada majlis ini YB Dato’ ABDUL FATTAH B MAHMOOD (Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO) dan YB DATO’ HJ MOHD AMAR B NIK ABDULLAH (Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan). Seterusnya pada Jam 9.15 pagi ketibaan beberapa buah Van rombongan dari Wilayah Yala Thailand ke MML.

(zamani@KelantanTV)

(zamani@KelantanTV)

Pada Jam 9.30 pagi Ketibaan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk merasmikan Pelancanran Sukan Memanah Perigkat Sekolah-Sekolah YIK, dalam ucapan perasmian beliau ada menyebut tentang sukan memanah ini merupakan sunnah Nabi. YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah memanah sebagai Gimik Pelancaran pada majlis ini. Majlis Diteruskan dengan Persembahan Memanah Berkuda dari beberapa orang pelajar MML sendiri. Seterusnya, Perasmian Bas Yayasan Islam Kelantan dengan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas berkenaan yang diiringan Pengarah YIK, dan dif dif jemputan lain. Majlis diteruskan dengan penyampaian alatan memanah kepada 9 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan yang diwakili oleh pengetua sekolah masing-masing. Majlis ini berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.


Gambar:-

(Ketibaan Rombongan dari Yala, Thailand)


 

 





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net