Pertandingan Persembahan Multimedia – Peringkat Akhir Maahad/SMU(A)

April 16, 2012 −   − in Kelab dan Persatuan, Terkini Di MML − No Comments

Hari ini (16/04/2012) Berlangsung satu Pertandingan Persembahan Multimedia (Animasi/ Interaktif) Peringkat Akhir Maahad/SMU(A) YIK 2012. Berlangsung di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Teknologi Pendidikan Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri, Kota Bharu.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan menarik minat para pelajar untuk menghasilkan persembahan multimedia & animasi yang mampu menghasilkan mesej atau maklumat yang jelas dan menghiburkan. Maahad Muhammadi Lelaki telah Menjadi Juara pada pertandingan yang lalu dan berjaya ke peringkat seterusnya (http://yik.edu.my/sekolah/mml/?p=738), Peringkat Akhir ini.

Maahad Muhammadi Lelaki Telah diwakili oleh 4 orang Peserta. Pertandingan yang bermula pada jam 9.30 pagi dan di hakimi oleh 3 orang juri yang berpengalaman dalam bidang masing – masing. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB. Dr. Mohd Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan. Sebanyak 4 buah sekolah yang telah menyertai pertandingan ini.


Keputusan:

Johan : Maahad Muhammadi Lelaki

Naib Johan: Maahad Muhammadi Perempuan

Tempat Ketiga : Maahad Tahfiz Quran Asriah

 

 

Ketika undian giliran dilakukan MML telah menjadi Peserta yang pertama. Pada Pertandingan ini MML, telah menjadi Juara dengan mengalahkan Maahad Muhammadi Perempuan & Maahad Tahfiz Quran Asriah. Tahniah Kepada MML kerana telah menjadi JOHAN pada Pertandingan ini.

 





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net