Berita Kelab dan Persatuan?

April 03, 2016 −   − in Kelab dan Persatuan − No Comments

Kepada semua Ketua Kelab dan Persatuan di MML atau AMT/AJK dan sebagainya yang mempunyai Berita yang menarik mengenai Persatuan dan Kelab anda bolehlah menghubungi kami UNIT IT MML, untuk diletakkan berita anda di Laman Web MML ini.

Cara Menghantar Berita:

1- Menggunakan Microsoft Word:
Menulis Berita anda dengan menggunakan Microsoft Word yang disertakan gambar jika perlu dan menghantar kepada Kami Unit IT melalui  pendrive.

2- Membuat Posting Sendiri:
Untuk cara ini sila rujuk Kepada UNIT IT MML, untuk mendapatkan login ID dan Password. ( Mpp IT : Tuan Dhiyat Muhaimin- 5ac1, Ghazwan Romzi @ Raja Muhammad Uwais – 5sc3)

 

Peraturan Ringkas Berita:

1- Pastikan Berita anda TIDAK Mengandungi sebarang maklumat yang tidak tepat dan memaparkan gambar yg terlalu menonjol.

2- TIDAK Dibenarkan Berita yang agak keterlaluan dari segi politik, kaum dan  boleh menghina orang lain.

3- Setiap Berita hendaklah dikategorikan sebagai Kelab dan Persatuan ketika membuat posting berita. (Rujuk Unit IT jika anda mempunyai sebarang masalah.)

4- Kami(Unit IT) Berhak untuk membuang berita anda tanpa sebarang NOTIS jika berlaku perlangaran peraturan ini.

Untuk Makluman, Kami juga membenarkan anda untuk mengunakan ruangan Comment untuk mendapat maklum balas dari pelajar-pelajar mengenai berita anda, dan anda juga dibenarkan untuk menggunakan ruangan ini sebagai tempat untuk membuat sebarang Pengumuman.

Rujukan;

Unit IT:
Tuan Dhiyat Muhaimin – 5ac1
Raja Muhammad Uwais – 5sc3
Ghazwan Romzi – 5sc3
 
 




Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net