Sambutan Hari Guru MML

February 08, 2018 −   − in Berita, Berita dan Article Pelajar., Kelab dan Persatuan, Terkini Di MML, Ucapan − No Comments

(2/7/2018) Telah berlangsung satu majlis iaitu Majlis Sambutan Hari Guru. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Pelajar MML, Saudara Che Muhammad Zulfattah. Majlis diteruskan dengan pembacaan bacaan Alquran dan diteruskan pula dengan ucapan daripada Penolong Kanan 1 YM Ku Amazon Binti Tuan Yusof.

Majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini, diteruskan dengan cara yang berlainan daripada tahun-tahun sebelum ini. Pada tahun sebelum ini, maahad muhammadi lelaki menyambut majlis ini dengan persembahan yang sangat menarik dari segi kepelbagain seperti Persembahan Silat, Kawad, Nashid dan sebagainya. Tetapi, pada tahun ini, Pihak maahad muhammadi lelaki menambahkan sedikit aspek kerohanian dalam diri pelajar-pelajar mahupun guru-guru di maahad muhammadi lelaki.

Majlis hari ini diteruskan, dengan Acara Dewan, dimulakan dengan persembahan pelajar, Pasukan Nasyid MML membuat persembahan nasyid dan Pasukan Dikir Barat MML juga turut diwakili oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 yang berusaha berdikir bertemakan Hari Guru.

 

Majlis diteruskan dengan satu sedutan video mengenai mesej dari mudir maahad muhammadi lelaki kepaa guru guru yang mengajar di maahad yang mana mudir pada waktu tersebut sedang berada di hospital bagi menjalani beberapa rawatan.

Pembahagian hadiah kepada guru-guru menerusi acara cabutan bertuah dan pelbagai acara-acara yang lain yang diadakan menjadi acara penutup pada hari ini. sekitarjam 2.00 petang semua acara telah tamat.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net