Perasmian Kutipan Amal Ramadhan

May 14, 2018 −   − in Bantuan, Berita, Berita dan Article Pelajar., Terkini Di MML − No Comments
Pada hari Isnin telah berlangsungnya hari Pelancaran bg Kutipan Amal Ramadhan kepada semua warga maahad yang dilancarkan oleh mudir MML. Program ini bertujuan utk mencari dana sebanyak RM500.000 dalam bulan Ramadhan dengan membantu masyarakat menambah amalan kebaikan mereka pada bulan Ramadhan ini dalam menyumbang wang dalam menjayakan kutipan amal ini.
Hasil kutipan ini bertujuan utk mengisi tabung pendidikan dan aktiviti pelajar MML ,menaik taraf bilik gerakan sekolah, mengubah suai pejabat sekolah, mengadakan lampu kawasan jalan, mengadakan pintu gerbang dan membaik pulih pagar, bg Projek Landskap dan keceriaan sekolah membeli 20 unit komputer untuk kegunaan Makmal Komputer serta untuk mengadakan Jamuan Perdana sempena Solat Hajat Kecemerlangan 2018.
 
Sudah sedia maklum bahawa Maahad Muhammadi Lelaki merupakan sebuah sekolah agama (ARAB) kerajaan negeri Kelantan yang tertua. Kerajaan negeri meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian dan kualiti pelajar dalam menyediakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. MML sebagai sebuah sekolah kawalan dan sekolah An Namuzaji perlu diberi perhatian daripada pelajar , guru , ibubapa dan masyarakat harus memberikan perhatian dan sokongan yang padu terhadap Maahad Muhammadi Lelaki.
Oleh itu, kami memohon sumbangan daripada tuan/puan pada bulan yang mulia ini dalam menjayakan perlaksanaan kutipan amal ini bg menambah baik lagi pembangunan di Maahad Muhammadi Lelaki bagi kepentingan untuk generasi yang akan datang.
 
TIDAKLAH AKAN BERKURANG HARTA YG KITA INFAQ ATAU SEDEKAHKAN DGN IKHLAS KERANA ALLAH, MELAINKAN ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA DENGAN BERLIPAT KALI GANDA.




Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net