Pertandingan Blog Peringkat Zon Kumpulan

April 19, 2018 −   − in Berita, Kelab dan Persatuan − No Comments
KHAMIS,19 APRIL (9 Pagi)Telah berlangsung pertandingan Blog bagi peringkat kumpulan yang telah diadakan di Dewan Maahad Sains Tok Guru (MSTG). Ia telah dirasmikan oleh Mudir MSTG, Uztaz Zakaria Bin Mohamed.Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa buah sekolah seperti Maahad Muhammadi Perempuan,Maahad Amir Indera Petra, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Pengajian Islam , Maahad Yaakubiah serta tuan rumah bg pertandingan, Ia diwakili oleh 4 ahli setiap buah sekolah bg membentangkan hasil kerja mereka dalam menginovasikan laman blog sekolah mereka mengikut apa yang dikehendaki.
 
Keputusannya, Maahad Muhammadi Lelaki merangkul gelaran Naib Johan manakala Johan diraih oleh Maahad Sains Tok Guru dan tempat ketiga oleh Maahad Pengajian Islam.Ini dapat meningkatkan lagi sistem pendidikan unit It dengan adanya pertandingan bagi memberi pendedahan dalam bidang ilmu komputer kepada pelajar Yayasan Islam Kelantan.

Guru Penasihat Unit IT MML , Ustaz Abdul Ghafar bin Sulaiman bersama PK Kokurikulum, Tuan Haji Junaidi Abdullah serta Naib Johan wakil pertandingan Blog Maahad Muhammadi Lelaki.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net