PERASMIAN IHYA RAMADHAN 2018

May 05, 2018 −   − in Berita − No Comments

bertarikhkan 8 May 2018, telah berlangsung satu majlis sesi ceramah mengenai Ihya’ Ramadhan. Ihya’ Ramadhan kali ini sangat istimewa diadakan seminggu lebih awal untuk mengisi sebanyak mungkin program-program kerohanian dan persiapan jiwa seminggu sebelum menerima bulan yang paling dinantikan.

Majlis Dirasmikan Oleh Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamad ,S/U Dato’ Bentara Kanan MB, yang dapat meluangkan masa sekejap merasmikan program ini.

Aktiviti serentak diadakan iaitu Solat Hajat Bangkit Pertahan yang diimami oleh Ustaz Mas Sulaiman ,Imam Masjid Wakaf Stan. Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat.

Selepas Solat Hajat, Majlis Khatam Al-Quran 30kali Khatam dapat dijayakan sebaiknya. Setiap Pelajar diberi 1 juzuk seorang untuk dihabiskan dalam masa 2 jam, diakhiri dengan doa khatam al-quran yang diketuai oleh Ustaz Wan Noh.

Pelajar diberi rehat 40 minit, dan disambung dengan Ceramah Ihya’ Ramadan Oleh Ustaz Azariza Mohammad ,Tim Ketua Pemuda Kelantan.

Antara Program yang disusun adalah:
Daurah Kitab
Perkhidmatan Bekam
Ifthor anak yatim
Ifthor jilul ting 1/2 dan nuqaba
Qiam munajat
Tadarus Nuzul Alquran
Tazkirah Zohor
Ceramah perdana
Dan lain-lain…. Terima kasih kepada Pihak Sekolah, Penggerak Balkis Mml ,dan semua pelajar

RAMADAN BULAN PENUH KEBERKATAN





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net