KEPUTUSAN STAM

January 28, 2018 −   − in Bantuan, Berita, Berita dan Article Pelajar., Terkini Di MML, Ucapan − No Comments

Khamis 18 Januari 2017- Majlis penyerahan slip peperiksaan STAM bagi pelajar tahun 2017. Majlis diadakan pada jam 12:45 tengah hari di dewan Al-Muhammadi Maahad Muhammadi Lelaki.

Empat orang pelajar yang mendapat 10 Mumtaz iaitu Muhammad Sa’id bin Abd Karim, Saeid Ramadhan bin Mohd Shakri, Afif Nu’man bin Azamiruddin dan Muhammad Abi A’la bin Ahmad. Mereka bersama Pengetua dijemput menghadiri majlis anugerah Kecemerlangan STAM 2017 Peringkat Kebangsaan di  Dewan Seri Siantan , Kompleks Perbadanan Putrajaya . Majlis ini bermula pada jam 9 pagi dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mahdzir Bin Khalid iaitu Menteri Pendidikan Malaysia .

Kurikulum STAM diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.Sijil STAM melayakkan calon memohon program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.Malah, sijil STAM mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net