PERASMIAN YAUMUL USRAH

January 22, 2018 −   − in Berita, Berita dan Article Pelajar., Kelab dan Persatuan, Terkini Di MML, Ucapan − No Comments

Pada khamis yang lepas bertarikhkan 18 Januari 2018 bersamaan dengan 1 JamadilAwal 1439H telah berlangsung satu majlis yang amat bermakna bagi para pelajar maahad muhammadi lelaki iaitu Majlis Perasmian Yaumul Usrah. Majlis ini berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di medan perhimpunan Maahad Muhammadi Lelaki (MML).

Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-quran daripada seorang pelajar maahad muhammadi lelaki. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan pendahuluan daripada Muhd Abid Safiy bin Mohd Shani selaku Pengerusi Badan Dakwah Dan Kepimpinan Islam (BALKIS).

 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan rasmi daripada Ustaz Wan Noh Bin Wan Hamzah selaku Guru Penasihat BALKIS. Beliau memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan yang dapat diperoleh apabila menjalani sesi Usrah ini. Naqobat dipilih daripada pelajar Tingkatan 4,5 dan 6. Naqobat akan menimba banyak pengalaman untuk menjadi pendakwah pada masa akan datang. Tugas berdakwah ialah amalan mulia kerana amalan ini dilakukan oleh Rasululullah sepanjang masa dalam hidupnya. Balkis mengharapkan semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan ketika suasana menghadapi banyak ancaman penularan fitnah dan gejala ini sangat membimbangkan kerana mendatangkan kesan buruk dalam pemikiran para pelajar

Walaubagaimanapun, pada tahun ini,setiap usrah wajib mempunyai organisasi yang tersendiri. Hal ini bagi melatih kepimpinan dalam diri pelajar agar mampu menjadi pemimpin yang baik bila berada di alam luar dan menyebarkan ilmu-ilmu agama.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan rasmi daripada guru jemputan Al-Fadhil Ustaz Alias bin Ahmad selaku Bahagian HEP KIAS menyatakan bahawa Balkis memainkan peranan yang penting dalam usaha mengatur program usrah untuk mentarbiahkan pelajar-pelajar MML. Kadang-kadang pelajar merasakan sesuatu bebanan apabila terlibat dengan aktiviti usrah sedangkan program ini menjadikan suatu pengisian masa yang sangat berharga untuk berbakti kepada Allah dalam usaha membina kekuatan ummah. Pengisian waktu dengan amalan yang baik sangat penting dilakukan oleh setiap pelajar kerana kita diberi amanah yang besar oleh Allah. Nama MML sudah pun tersohor di dunia dan dunia sudah berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar MML. Usrah menjadi pertemuan penting dalam kalangan pelajar untuk perbincangan ilmiah dan pelajar-pelajar hendaklah menjayakan program ini kerana perbincangan ilmiah akan membentuk fikrah Islamiah, pembinaan akhlak dan penyucian jiwa seseorang pelajar. Bila kita merancang sesuatu kebaikan maka kita akan memperoleh manfaat daripadanya sebaliknya jika kita merancang sesuatu ke arah keburukan maka kita akan menerima ancamannya.

Pada akhirnya, Majlis telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Alias bin Ahmad selaku Bahagian HEP KIAS dengan jayanya. Majlis berakhir tepat jam 9.00 pagi.

 





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net