MAJLIS AMANAT YANG MULIA PENGARAH YIK

January 17, 2018 −   − in Berita, Home, Ucapan − No Comments

Pengetua mengharapkan tahun 2018 kita perlu bergerak secara terancang dan berfokus untuk menempa kejayaan MML. MML mendapat tempat ke-5 Pengurusan Terbaik Buku Teks Peringkat Kebangsaan 2017. MML sekali akan menempa sejarah apabila dipilih antara 5 yang terbaik peringkat kebangsaan Pertandingan Video Bahasa Arab yang akan diisytiharkan pada 16/1/2018 di KUIS, PT3 mencapai kejayaan 67 calon 11A,SMU mencapai 100%. MML perlu segera dipulihkan untuk memperoleh keyakinan baru masyarakat. Tahun 2018 MML mengisytiharkan “Pelajar berdisiplin dan berakhlak tinggi”. Guru MML perlu mempunyai minda A+ untuk melahirkan pelajar cemerlang. Beliau menyampaikan ucapan dalam majlis amanat sempena tahun baru  bersama pengarah di Hotel Ridel Kota Bharu.

YB SF Dato’ Hj Nik Abdul Kadir bin Nik Muhamad YDP PIBG menyatakan bahawa pelajar MML layak memperoleh markah 80% kerana mereka masuk ke MML hasil daripada terpilih daripada golongan pelajar cemerlang. Di samping itu, guru perlu mempunyai ikhtiar dan usaha untuk mencapai kejayaan MML. Kakitangan juga perlu bekerja secara ikhlas untuk memperoleh ganjaran di dunia dan akhirat.

YM Pengarah YIK agak terkilan kerana MML sudah banyak lompang dari segi kecemerlangannya berbanding sekolah kawalan lain. Sudah banyak masyarakat menegur kelemahan MML dan mereka mula memandang rendah terhadap MML.

MML sudah mempunyai banyak guru yang hebat dan mampu untuk memacu kecemerlangan. Beliau mengingatkan guru supaya sentiasa mematuhi Pekeliling YIK dan tindakan susulan akan dibuat jika ingkar arahan. Cuti perlu diambil secara berjadual terutama ke luar negara kerana PdP lebih diutamakan. YIK menghantar pegawai untuk memantau 2 kali seminggu. BRM perlu disediakan dengan lengkap dan denda RM500 jika tidak membuat BRM. Pentadbir perlu menyemak BRM secara berkala dari segi itemnya supaya ia lebih berkualti. Setiap perubahan yang dibuat bukannya untuk menghukum seseorang guru tetapi untuk membaiki kelemahan yang ada. MML perlu berubah dari segi keceriaan kerana terletak di laluan protocol di samping untuk menarik keyakinan masyarakat. MML sedang dalam proses “rebranding” untuk menjana kecemerlangan. Guru-guru perlu memberi kerjasama dengan pengetua untuk mentadbir dengan cemerlang. Jadual ganti atau “relief” perlu disediakan sekiranya berlaku ketiadaan guru. Guru ganti bagi guru yang uzur tidak dibekalkan oleh YIK. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan hendaklah dihantar ke YIK tepat mengikut masanya. Beliau berucap semasa menyampaikan amanat kepada guru-guru dan kakitangan MML sempena tahun baru 2018 di Hotel Ridel Kota Bharu.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net