SOLAT HAJAT PERDANA

January 15, 2018 −   − in Berita, Home, Terkini Di MML, Ucapan − No Comments

Ahad – 26 Rabiulakhir 1439H bersamaan 14 Januari 2018 – Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan Solat Hajat Perdana buat kali pertama pada tahun 2018 melibatkan seluruh para pelajar dan guru-guru Maahad Muhammadi Lelaki di Masjid Al-Islah. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat yang diimami oleh YB SF Dato’ Timbalan Mufti Kelantan, Haji Nik Abdul Kadir Bin Nik Muhammad.

Selesai Solat Hajat, Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Mudir Ustaz Kamarjan Bin Abdul Rahman. Dalam ucapannya, Beliau memberitahu kepada semua pelajar bahawa beliau ingin melihat seluruh pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) supaya belajar bersungguh-sungguh untuk melahirkan generasi yang hebat dan terkenal pada masa hadapan. Beliau juga menyeru kepada seluruh warga Maahad Muhammadi Lelaki (MML) supaya sentiasa menghidupkan setiap malam dengan amalan-amalan baik sekurang-kurangnya seperti Solat Tahajjud 2 rakaat dan witir 3 rakaat. Di samping itu, pelajar juga digalakkan menunaikan Solat Subuh secara berjemaah dan digalakkan menunaikan Solat Sunat terlebih dahulu sebelum Solat Subuh tersebut. Hal ini kerana, menurut Hadits nabi yang diriwayat oleh Sayyidatina Aisyah R.A “Solat Sunat sebelum Solat Subuh itu lebih Baik daripada dunia dan seisinya’ (Hadis Riwayat Muslim No.1193)

Selesai Daripada Ucapan Mudir, Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah daripada Timbalan Mufti Kelantan, Haji Nik Abdul Kadir Bin Nik Muhamad. Dalam tazkirahnya, beliau telah memberi tazkirah kebada seluruh Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) mengenai tanda-tanda akhir zaman. Beliau menyeru kepada para pelajar supaya memperbanyakkan Amal Soleh untuk persiapan kita menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Selain itu, dalam ucapannya juga beliau mengatakan terdapat 7 golongan manusia yang memperoleh naungan Allah di Akhirat kelak. Antara golongan tersebut adalah pemimpin yang adil. Seterusnya ialah pemuda yang tumbuh dalam hatinya keinginan untuk melaksanakan Ibadah di masjid. Oleh itu, beliau memberitahu kepada para pelajar supaya mempunyai ikhtiar dan selalu istiqamah untuk beribadat di masjid. Di sampig itu juga, dia meminta supaya para pelajar dapat mencapai perolehan markah dalam peperiksaan sebanyak 80% kerana semua yang memasuki Maahad Muhammadi Lelaki ini asalnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang terpilih.Majlis kemudiannya bersurai pada jam 9.00 pagi.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net