MAHAGURU 2017

May 25, 2017 −   − in Berita, Home, Terkini Di MML − No Comments

25/5/2017- Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan sambutan MAHAGURU, Majlis Hari Guru peringkat sekolah. Majis dimulakan dengan ucapan Tuan Mudir Ustaz Kamarjan Bin Abdul Rahman dan ucapan daripada ketua pelajar saudar Miqdad Bin Abdul Karim.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan acara gimik perasmian yang dipersembahkan  oleh semua pelajar tingkatan 5 Maahad Muhammadi Lelaki.Selapas itu, Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong banting daripada Tuan Mudir sekaligus merasmikan MAHAGURU buat tahun 2017. 

Seterusnya, MAHAGURU diteruskan lagi dengan acara sukaneka yang disediakan oleh para pelajar untuk semua guru Maahad Muhammadi Lelaki. Antara sukaneka yang disediakan ialah pancing botol, bola sepak guru melawan ustaz, basikal perlahan dan pelbagai lagi sukaneka yang menarik buat guru-guru.

Selepas itu, bermulalah acara dewan yang diadakan di Dewan Abu Bakar, Maahad Muhammadi Lelaki. Acara ini bermula dengan tayangan lcd yang memaparkan semua ucapan buat para guru dari pelajar-pelajar MML. Selain itu, terdapat juga pelbagai lagi acara yang diadakan di dewan ini seperti persembahan dikir barat dan permainan “kalau aku bukan guru”.Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah buat para pendidik Maahad Muhammadi Lelaki.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net