Majlis Pelantikan Watikah Kepimpinan Pelajar

March 21, 2017 −   − in Berita, Berita dan Article Pelajar., Terkini Di MML − No Comments

1 Mac 2017- Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan Majlis Pelantikan Watikah Kepimpinan di Medan Thobur untuk berganding bahu bersama pentadbir sekolah bagi mewujudkan Maahad Muhammadi Lelaki gemilang.

Watikah pelantikan ini dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh saudara Muhammad Nasharuddin Bin Norhayadi dari kelas 5 Akaun Mekkah. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Mudir, Ustaz Kamarjan Bin Abdul Rahman.

Majlis dilanjutkan lagi dengan perasmian oleh Tuan Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat selaku Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. Beliau juga merupakan Mantan Mudir Maahad Muhammadi Lelaki yang ke -15 dan mudir Maahad Muhammadi Lelaki yang ke -7.

Majlis diteruskan dengan pelantikan watikah yang disampaikan oleh Tuan Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua pelajar Maahad Muhammadi Lelaki diketuai oleh saudara Miqdad Abdul Kareem selaku Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net