15 Januari 2017 – Pihak sekolah Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Persaraan Guru Maahad Muhammadi Lelaki yang bertujuan untuk menghargai jasa Cikgu Mohammad Zaid bin Zakaria (1989-2016) dan Ustazah Zainab binti Abdullah Kutty (2005-2016).
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ahmad Naufal bin Fauzi dari kelas 1 Madinah. Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan atas jasa kedua-dua orang guru yang berkenaan kepada Maahad oleh Tuan Mudir, Ustaz Kamarjan bin Abdul Rahman. Seterusnya, majlis dilanjutkan dengan ucapan perpisahan oleh Cikgu Zaid dan Ustazah Zainab.
Majlis diakhiri dengan persembahaan nasyid dari Shoutul Muhammadi sebelum majlis penyampaian hadiah persaraan.Majlis bersurai dengan perarakan perarakan menghantar pulang Cikgu Zaid dan Ustazah Zainab ke rumah masing-masing.