Solat Hajat Perdana 2017

January 08, 2017 −   − in Berita − No Comments

img-20170108-wa0008

8 Januari 2017 – Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan solat hajat perdana buat kali pertama pada tahun 2017 di Masji Al-Islah. Majlis dimulakan dengan solat hajat yang diimami oleh YB SF Dato’ Timbalan Mufti Kelantan, Haji Nik Abdul Kadir Bin Nik Muhammad.

img-20170108-wa0014

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Mudir, Ustaz Kamarjan Bin Abdul Rahman. Beliau memberitahu kepada semua pelajar supaya bersyukur ke atas nikmat Allah, antaranya nikmat dapat belajar di sekolah yang melahirkan ramai ulamak.

img-20170108-wa0013

Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah daripada Timbalan Mufti Kelantan, Haji Nik Abdul Kadir Bin Nik Muhamad. Beliau memberi banyak peringatan yang sangat berguna kepada para pelajar. Selepas itu, Majlis disambung lagi dengan ucapan daripada wakil ibu bapa pelajar, Ustaz Nasir Ali  sempena majlis penyerahan putera-putera mereka kepada Maahad Muhammadi Lelaki. Majlis berakhir pada jam 9:35 pagi.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net