Minggu Taaruf dan Thaqafah Islamiah (MIFTAH) 2017

January 06, 2017 −   − in Berita, Berita dan Article Pelajar., Terkini Di MML − No Comments

img_20170105_203658

3-6 Januari 2017 – Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan program MIFTAH, Minggu Taaruf dan Thaqafah Islamiah yang berjalan selama empat hari. Program ini diadakan untuk mendidik dan memberi kefahaman tentang sekolah Maahad Muhammadi kepada pelajar-pelajar tingkatan satu pada tahun ini.

img_20170105_224216

Program ini bermula pada selasa 3 Januari dan berakhir pada hari jumaat 6 Januari. Program  dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Mudir Maahad Muhammadi Lelaki, Ustaz Kamarjan Bin Abdul Rahman.

img_20170105_220014

Pada hari ketiga, semua peserta diwajibkan bermalam di sekolah untuk mentarbiah mereka supaya  bangun awal dan memberi  pengalaman yang berharga.Para pelajar juga didedahkan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu Usrah dan Qiamullail.Program berakhir pada hari jumaat jam 11 tengah hari.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net