Thobur Pertama

January 02, 2017 −   − in Berita, Home, Terkini Di MML − No Comments

img-20170104-wa0009

2 Januari 2017 – Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan Thobur Pertama pada tahun 2017 di Masjid al-Islah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada ketua pelajar, Miqdad Bin Abdul Karim yang mengalu-alukan kedatangan pelajar tingkatan 1 dan selamat kembali bagi pelajar lain ke Maahad Muhammadi Lelaki pada tahun ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Setiausaha Unit Disiplin, Ustaz Wan Mohd. Sufiyan Bin Wan Yusof yang menerangkan peraturan-peraturan sekolah. Manakala ucapan daripada Penolong Kanan HEM, Ustaz Mohd. Baharuddin Bin Mohd. Noor memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar dalam menjalani sesi persekolahan di Maahad Muhammadi Lelaki. Majlis berakhir pada jam 9:30 pagi.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net