Ceramah Motivasi Oleh Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman

February 24, 2014 −   − in Home, Terkini Di MML − 2 Comments

Pada 18/2/2014, pihak sekolah telah mengadakan satu ceramah motivasi untuk semua pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 bertempat di dewan Al-Muhammadi. Ceramah yang bertajuk  “ Sentiasa Cemerlang Sebagai Tanda Kesyukuran” ini telah disampaikan oleh Prof. Emiritus Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman yang dibawa khas oleh pihak YIK.

P1080482

   Aturcara bermula dengan ketibaan penceramah pada pukul 11.50 pagi dan majlis dibuka oleh Cikgu Mokhtar selaku pengerusi majlis dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada tuan mudir, Tuan Haji Che Kamarudin Kamel Bin Che Muhammad.

   Dalam ucapan beliau, tuan mudir berpesan agar para pelajar menanam semangat berlumba-lumba untuk berjaya dan turut meluahkan harapannya agar sekolah ini dapat merealisasikan motonya iaitu “ Maahad Muhammadi Gemilang”. Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah kerana sudi hadir ke majlis tersebut.

   Kemudian, pengerusi majlis memberikan sedikit butiran tentang penceramah, Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman atau Pak Sheikh sebelum menjemputnya untuk menyampaikan ceramahnya.Dalam ceramahnya, beliau telah berkongsi sedikit Pengalaman hidupnya serta tips-tips yang berguna untuk cemerlang dalam pelajaran.

P1080541 P1080558 P1080487  _DSC7928

“ Do your best, Allah’ll do the rest”

   Itulah antara kata-katanya yang telah memberi banyak pengajaran kepada para pelajar.Akhir sekali, beliau mengakhiri ceramah beliau dengan serangkap pantun dan ucapan terima kasih.

Gambar: Redaksi MML





2 Comments

  1. puan che nora bt che ibrahim
    March 5, 2014 4:39 pm

    Assalamualaikum …syabas kepada MML diatas kejayaan yang di gapai…saya mencadangkan agar prasarana MML perlu ditambah baik demi untuk kemudahan para pelajar supaya setanding dgn sek berasrama penuh @mrsm. Keceriaan MML perlu ditambah baik cth: semak samun diatas pagar berhampiran kafetaria perlu dibersihkan supaya imej MML kelihatan lebih ceria. Pengawal keselamatan juga perlu memainkan peranan sbg PENGAWAL supaya orang luar tidak dpt masuk secara bebas ke MML.Pelajar yang tinggal diasrama juga perlu dikawal supaya tidak keluar dgn bebas. Semoga cadangan ini mendapat perhatian yg sewajarnya demi kecemerlangan MML..sekian terima kasih.

    • Puan che nora,

      Terima kasih di atas cadangan puan. Insyaallah cadangan tersebut akan diberi perhatian.

      AdminMML.

Leave a Reply to Admin MML Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net