Minggu Mahabbah Rasulullah & Yaumul Usrah 2013

January 21, 2013 −   − in Berita, Berita dan Article Pelajar., Terkini Di MML − No Comments

Pada 21 Januari 2013 bersamaan 9 Rabiulawal 1434, pihak Balkis MML telah mengadakan “Minggu Muhabbah Rasulullah & Perasmian Yaumul Usrah”. Majlis perasmian ini dirasmikan oleh Mudir Maahad Muhammadi Lelaki dan dihadiri seorang Ustaz Hazil Bin Yaakub.

“Nabi Muhammad pernah ditanya siapakah yang paling cerdik akalnya di kalangan kamu. Kata Nabi Muhammad,orang yang paling cerdik di antara kamu adalah orang yang paling banyak mengingati Allah S.W.T dan banyak mengingati mati dalam hidupnya serta membuat persediaan selengkapnya untuk hari Akhirat.” Sedikit Mutiara Kata daripada Mudir Maahad muhammadi Lelaki.

 

“Kita patut mengikuti segala suruhan Nabi Muhammad dan meninggalkan semua larangannya sebagai tanda mahabbah kita pada Baginda. Wajib ke atas kita memasuki Usrah, in syaa Allah kita akan menjadi insan yang berjaya bukan saja di dunia bahkan di akhirat. …” sedikit cebisan kalam dari Ustaz Hazil, selaku penceramah jemputan.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net