Solat Hajat dan Motivasi Perdana – PUTIK

September 20, 2012 −   − in Berita, Terkini Di MML − No Comments

Hari ini (20/09/2012) Maahad Muhammadi Lelaki telah mengadakan satu Majlis iaitu Majlis Solat Hajat dan Motivasi Perdana di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK). Majlis ini diadakan bersempena dengan peperiksaan yang semakin hampir. Majlis ini telah disertai oleh semua pelajar dan ibu bapa.

Majlis bermula pada jam 6.30 petang dengan kehadiran ibu bapa dan tetamu-tetamu jemputan. Turut hadir pada malam ini , ialah YB.Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan merangkap Pengerusi PIBG MML dan turut bersama YABrs Dr. Hj. Nazmi Bin Ghazali Azmi,Timbalan Pengerusi PIBG MML

Majlis dimulakan dengan solat magrib berjemaah yang di imamkan oleh Pengetua MML, Ustaz Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad, dan majlis diteruskan dengan Solat Hajat dan bacaan Yasin. Solat Hajat pada malam ini telah dimamkan oleh Pengerusi PIBG MML YB.Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad. Selepas Solat Isya’ yang di imamkan¬†oleh Ustaz Haslin Bahrin. Majlis diteruskan dengan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pelajar Maahad Muhamamdi Lelaki, Saudara Ilyas Muhamamd Nor

Majlis Motivasi Perdana dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi PIBG dan Pengetua MML. Ustaz Haslin Bahrin atau dikenali dengan Ustaz Bollywood telah dijemput untuk memberi motivasi kepada pelajar dan ibu bapa Maahad Muhammadi Lelaki pada malam ini. Majlis berakhir sekitar jam, 11.30 malam.

 

 





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net