Kunjungan Balas dan Tazkirah Sempena Ramadan

July 18, 2012 −   − in Berita − No Comments

Selasa lalu (17/07/2012), Maahad Muhammadi Lelaki amat berbesar hati kerana mendapat kunjungan balas dari Maahad Darul Hadis, lantaran daripada kunjungan Maahad Muhammadi Lelaki ke Kedah pada bulan Jun lepas, [http://yik.edu.my/sekolah/mml/?p=990].

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dengan ketibaan rombongan dari Maahad Darul Hadis, seramai 20 orang yang juga disertai oleh Mudir Maahad Darul Hadis sendiri iaitu Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Mohd Romli, pada program ini Mudir Maahad Darul Hadis dijemput untuk menyampaikan tazkirah beliau bersempena dengan kehadiran ramadan yang beberapa hari sahaja lagi.

Dalam tazkirah beliau ada berpesan supaya pelajar agama haruslah menjadi contoh kepada pelajar lain dan menjadi pemimpin kepada umat islam di malaysia. Majlis pada hari ini berakhir dengan Perasmian Penutup Hari Usrah yang telah diadakan sebelum ini pada setiap hari rabu. Majlis bersurai kira-kira jam 10.00 pagi.





Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML hit counter - Quick-counter.net