7

YIK mengadakan pemantauan berkala di kantin-kantin sekolah untuk mempastikan penyediaan makanan kepada pelajar-pelajar mengikut sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan. Pemantauan mengejut di Maahad Tahfiz Sains Tahfiz Sains Tanah Merah dan  Maahad Tahfiz Sains Tahfiz Sains Bustanul Ariffin Berangan telah dilakukan oleh Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat mendapati masih terdapat aspek-aspek yang perlu diperbaiki dan diberi penambahbaikan.

    Selain merasa sendiri masakan yang disediakan oleh pengusaha kantin kepada pelajar asrama, pemantauan turut meneliti tempat penyediaan makanan, perkakasan dan peralatan yang digunakan dan tahap kebersihan yang telah diberikan oleh Jabatan Kesihatan.

    YIK tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha yang tidak menepati piawaian dan mengabaikan kebersihan di kantin masing-masing. Pemantauan yang diadakan pada 4 dan 6 April turut menemubual Pengetua dan guru-guru berhubung dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pengusaha kantin di sekolah-sekolah berkenaan.