BORANG TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK MEMBELI KENDERAAN PEJABAT YAYASAN ISLAM KELANTAN
0BORANG TAWARAN SEBUTHARGA UNTUK MEMBELI KENDERAAN
PEJABAT YAYASAN ISLAM KELANTAN
(Bertarikh: 13 Mei 2012)
Tawaran-tawaran yang bersampul bermetri diterima di Pejabat Yayasan Islam Kelantan, Nilampuri, Kota Bharu sehingga 27 Mei 2012 pada atau sebelum 12.00 tengahari tersebut untuk membeli kenderaan-kenderaan kerajaan yang bernombor DAF 4774 dan DBH 7503.
SYARAT-SYARAT TAWARAN
1. Tawaran hendaklah disertakan dengan Wang Cagaran sebayak RM500.00. Wang Cagaran ini hendalah dibuat melalui Kiriman Wan Pos atau Draf Bank atas nama PENGARAH YAYASAN ISLAM KELANTAN. Wang Cagaran tersebut akan menjadi hak kerajaan jika tawaran ditarik balik selepas tawaran ini ditutup.
2. Penawar yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran yang bersabit dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tawaran dan hendaklah mengambil alih kenderaan itu dari kawasan letak kereta Pejabat Yayasan Islam Kelantan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh penerimaan tawarannya.
3. Wang Cagaran penawar yang berjaya akan dilucutkan kepada kerajaan jika sekiranya bayaran tersebut tidak disempurnakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tawaran atau sekiranya kenderaan yang ditawarkan tidak diambil alih daripada tempat yang tersebut itu dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh tawaran. Kegagalan penawar menyempurnakan kedua-dua syarat ini akan menyebabkan tawarannya terbatal.
4. Wang Cagaran penawar yang tidak berjaya akan dipulangkan.
5. Bayaran – bayaran berikut adalah tanggungan penawar sendiri:-
i) Bayaran pendaftaran pertama (First Registration Fee) dan cukai jalan
6. Pejabat Yayasan Islam Kelantan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling tinggi atau mana-mana tawaran.
7. Kenderaan ini boleh diperiksa di kawasan letak kereta, Pejabat Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri, Kota Bharu pada waktu pejabat sahaja.
8. Tawaran hendaklah dihantar kepada Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Peti Surat 248, Nilampuri, 15730 Kota Bharu (Bahagian Pengurusan) dalam sampul yang bertutup dengan bertanda ‘TAWARAN SEBUTHARGA KENDERAAN’ sebelum atau pada 27 Mei 2012 jam 12.00 tengahari.
9. Borang Tawaran Sebutharga boleh didapati di Pejabat Yayasan Islam Kelantan, Peti Surat 248, Nilampuri, 15730 Kota Bharu, Kelantan (Bahagian Pengurusan).
Sekian, terima kasih.
(HJ TENGKU AZMI BIN HJ TENGKU JAAFAR)
Pengarah
Yayasan Islam Kelantan
KENDERAAN PERTAMA
JENIS KENDERAAN: TOYOTA UNSER
TAHUN DAFTAR: 1998
NO DAFTAR: DAF 4774
CAGARAN: RM 500.00
KENDERAAN KEDUA
JENIS KENDERAAN: MOTOR HONDA EX5
TAHUN DAFTAR: 2008
NO DAFTAR: DBH7503
CAGARAN: RM 500.00
Tawaran Kepada Pelajar Lepasan SPM Maahad & Sekolah Menengah Ugama YIK
0
Pihak Limkokwing Academy telah bersetuju untuk menyediakan biasiswa 50% dan Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) menyediakan pinjaman pendidikan 50% kepada pelajar yang menyertai kursus di Limkokwing Academy of Creativity &
Innovation Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
Pelajar lepasan SPM Maahad dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan yang berminat sila :-
- Isi dan hantar Borang Permohonan (Application for Admission) ke Unit Hal Ehwal Murid, Yayasan Islam Kelantan sebelum atau pada 10 Mei 2012 (Khamis).
- Menghadiri taklimat dan pemilihan pada 15 Mei 2012 (Selasa), jam 8.30 pagi di Dewan Besar, Yayasan Islam Kelantan, Nilam puri
Borang permohonan boleh didapati di Unit Hal Ehwal Murid, Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nilam Puri atau Pejabat Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), Wisma YAKIN, Kota Bharu atau di http://www.yik.edu.my/limkokwing
KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan Menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Masjid Maahad Muhammadi Perempuan
0
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Masjid Maahad Muhammadi Perempuan pada 01 April 2012.
Majlis berkenaan adalah merupakan acara kemuncak Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi yang telah diadakan sejak 30 Mac 2012.
Selain menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Masjid Maahad Muhammadi Perempuan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku turut berangkat melawat pameran kegemilangan Maahad Muhammadi 1937-2012 dan merasmikan Jam Matahari di Dataran Al-Falak Maahad Muhammadi Perempuan yang merupakan satu-satu jam berasaskan perkiraan kedudukan baying matahari di negeri ini.
Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Maahad Muhammadi
0
Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merasmikan Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Maahad Muhammadi Kota Bharu pada 31 Mac 2012.
Pada majlis yang sama, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Jubli Intan Maahad Muhammadi dan turut melancarkan tabung pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.
Perletakan Batu Asas Masjid Maahad Muhammadi Perempuan akan disempurnakan oleh KDYMM SULTAN MUHAMMAD KE V pada 1 April 2012.
BORANG PERMOHONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SPM / STAM / STPM 2011
0KELAYAKAN MEMOHON
Mencapai keputusan seperti berikut:
- SPM 2011 - Memperolehi 9A ke atas
- STAM 2011 - Memperolehi Pangkat Mumtaz
- STPM 2011 - Memperolehi 4 Prinsipal A ke atas.
Calon yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di negeri Kelantan ATAU anak Kelantan yang menduduki peperiksaan di luar Kelantan.
BORANG PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:
Pengarah
Yayasan Islam Kelantan
Nilam Puri, Peti Surat 248,
15730 Kota Bharu
Kelantan
(U.P: Urusetia Anugerah Kecemerlangan)
Tarikh Akhir Penerimaan borang ialah pada 26 April 2012 (KHAMIS) dan penyerahan selepas daripada tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Borang hendaklah disertakan :-
1) Salinan keputusan peperiksaan yang disahkan .
2) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
3) Salinan surat beranak ibu/bapa calon peperiksaan luar Kelantan yang disahkan.
Borang Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan boleh di download disini ![]()
YIK Terus Lonjak Kecemerlangan
0
Pengkalan Chepa: “Yayasan Islam Kelantan terus melonjak kecemerlangan dalam beberapa peperiksaan yang telah diumumkan, antaranya peningkatan pencapaian pelajar yang mendapat 6A hingga 9A meningkat hingga dalam PMR 2011” demikian dinyatakan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YM Hj. Tengku Azmi b. Hj. Tengku Jaafar dalam Majlis YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Bersama Warga Yayasan Islam Kelantan. Menurut beliau, pencapaian bukan sahaja di peringkat PMR, malah Peperiksaan SMU dan juga STAM. Ini semua adalah hasil usaha dan kerja keras guru-guru dan komitmen pegawai-pegawai, katanya. Beliau juga menaruh harapan yang tinggi kepada guru-guru untuk terus menyemarakkan usaha bagi peningkatan berterusan pada masa-masa akan datang.
Majlis yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) itu adalah program khusus untuk guru-guru dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan mendapat amanat terus dari YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar. Terdahulu, YB Dato’ Dr. Johari Mat membentangkan kertas bertajuk “ YIK Memacu Kecemerlangan Pendidikan Islam” yang menyentuh sejarah, peranan dan pencapaian-pencapaian yang telah diukir.
Sementara itu, YB Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan dalam ucapan alu-aluanya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yayasan Islam Kelantan di atas pencapaiannya dan usaha-usaha untuk menempatkan pelajar-pelajar cemerlang STAM di universiti-universiti Timur Tengah sedang dirintis.beliau berharap bukan sekadar pelajar, malah guru-guru juga akan dihantar untuk mendalami bahasa Arab di mana-mana institusi Timur Tengah yang sesuai.
Sebelum tiba di acara kemuncak, video klip sejarah dan perkembangan YIK ditayangkan, maklumat-maklumat terkini dan aktivti-aktiviti perdana diselitkan bagi melengkapkan sebuah institusi ulung menerajui pendidikan Islam dan bahasa Arab di negeri Kelantan.
YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar mengakhiri program dengan amanat kepada semua kakitangan Yayasan Islam Kelantan, antara lain beliau menyentuh keperluan dan tanggungjawab sebagai seorang yang beriman perlu menyegerakan perintah dan suruhan Allah, tidak melambat-lambat atau lebih buruk lagi mempengaruhi orang lain untuk turut sama menangguh-nangguh dan melambat-lambat usaha melebarkan syiar Islam. Beliau juga menegaskan peranan guru adalah penyambung tugas Nabi-nabi, dan kesemua guru bertanggungjawab untuk berkempen kepada Islam. Tidak harus bagi seseorang yang beriman dan sedar tanggungjawabnya sebagai seorang muslim menolak usaha-usaha mendaulatkan Islam. YAB. Tuan Guru mengingatkan semua hadirin agar tidak tergolong dari kalangan orang-orang rugi dengan menganggap Islam sebagai sudah sesuai atau dengan kata lain “tamat tempoh”. Anugerah Allah dengan kurniaan mata dan matahati sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin ke arah mengenali pencipta bagi melahirkan keAgunganNya serta memperlihatkan kelemahan kita sebagai hamba, ujarnya.
Hadir sama dalam majlis yang diadakan pada 11 Februari 2012 itu, YB. Dato Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Dewan Undagan Negeri, Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah dan Pengetua-pengetu Yayasan Islam Kelantan.